April 1, 2011

Perlis belum haramkan tarian Poco-Poco

Perlis belum haram tarian


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Perlis akan mendapatkan maklum balas pejabat Mufti Perak berhubung dakwaan tarian poco-poco dikatakan menyerupai upacara keagamaan Kristian sebelum memutuskan sama ada tarian itu perlu diharamkan atau sebaliknya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata pihaknya tidak boleh terburu-buru mengikut Perak kerana sebarang keputusan perlu berasaskan bukti dan kesahihannya, selain bergantung keputusan Majlis Fatwa negeri.


“Selagi tiada bukti sahih dakwaan berkenaan, maka tiada sebab poco-poco diharamkan, apatah lagi jika motif utama tarian menjadi ikon pihak tertentu sekadar bersenam dan menyihatkan badan.

“Kami akan meneliti laporan pengharaman poco-poco oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, mendapatkan kepastian termasuk kesahihan sumber dirujuk sebelum keputusan dibuat,” katanya di sini, semalam.


Katanya, langkah itu penting bagi menguatkan kredibiliti sumber dirujuk, selain mengelak timbul spekulasi kurang sihat.


Sebelum ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan fatwa pengharaman poco-poco dengan alasan mempunyai kaitan agama dan pemujaan roh sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

minyak ron97 naik lagi... rm2.70 seliter

NEGARA

RON 97 kini RM2.70 seliter

KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

March 29, 2011

Bapa pengasas Internet "Paul Baran" meninggal dunia

Bapa pengasas Internet meninggal dunia


PAUL BARAN

--------------------------------------------------------------------------------



LOS ANGELES - Seorang jurutera Amerika Syarikat (AS) yang membantu mencipta Arpanet, Paul Baran meninggal dunia pada usia 84 tahun di California pada Sabtu lalu, lapor akhbar The New York Times semalam.

Arpanet adalah merupakan sistem Internet pertama di dunia yang digunakan oleh tentera AS.

Memetik kenyataan anak lelaki saintis berkenaan, akhbar The New York Times menyatakan bahawa Baran meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, negeri California akibat barah paru-paru.

Dalam beberapa kertas kajian teknikal yang disiarkan dalam tahun 1960-an, Baran mencadangkan untuk membina satu rangkaian komunikasi yang lebih kebal terhadap serangan atau gangguan siber berbanding rangkaian komunikasi sedia ada, kata laporan tersebut.

Menurut The New York Times, ciptaan Baran yang dihasilkan pada pertengahan tahun 1960-an adalah jauh ke hadapan daripada zamannya, sehinggakan sebuah syarikat komputer utama AS, AT&T menolak untuk bekerjasama membina rangkaian komunikasi itu.

"Baran tidak takut memilih jalan bertentangan dengan pendapat dan idea semasa," seorang timbalan presiden syarikat Google, Vinton Cerf dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan.

"AT&T berulang kali menyatakan bahawa idea rangkaian Internet itu tidak akan berjaya dan enggan terlibat dalam projek Arpanet," tambahnya.

Arpanet kemudian dibina oleh Jabatan Pertahanan AS dalam tahun 1969, lapor akhbar The New York Times. Ia akhirnya digantikan dengan Internet yang kita kenali sekarang. - AFP

March 13, 2011

Takziah kepada Seluruh Mangsa "Tsunami" di Japan

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

NONEKira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

NONEAgensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

NONEKyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.


Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

NONEStesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

February 6, 2011

myMetroBas hilang kawalan

myMetroBas hilang kawalan

TAMPARULI: Kegembiraan 12 pelancong warga Korea selepas berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu terencat apabila dua daripada mereka patah kaki selepas bas pesiaran dinaiki terbabas lalu merempuh lereng bukit di Kilometer 9.5 Ranau-Tamparuli, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke hotel di Kota Kinabalu selepas turun dari gunung tertinggi di Asia Tenggara itu dengan menaiki sebuah bas bersama dua pemandu dan pemandu pelancong warga tempatan

ulasan:

kali ke-2 ke kinabalu parks sejak Mei 2007 dan kali terakhir pada Januari 2010...

malang tidak berbau ...apabila rakan pendaki mengalami nasib kurang baik dan berita kemalangan.

harap semuanya selamat dan segera sembuh seperti sediakala

January 27, 2011

Sedih kehilangan penyanyi febret ku *Antonio Vincet dgn Group Sweet September

Vokalis Sweet, Antonio Vincent September Meninggal Dunia

copy dari beutifulnara.com

penyanyi kumpulan sweet september meninggal dunia

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

penyanyi kumpulan sweet september meninggal dunia

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

“Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung,” katanya.

Selain isteri, Antonio turut meninggalkan seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.

Sweet September dianggotai oleh lima ahli kumpulan tetapi sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum.

Ignatus berkata, kumpulan itu merakamkan lapan album sejak tahun 1982 hingga 1986 termasuk beberapa album kompilasi.

Selain Antonio, dua anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adrian James dan Ronnie Ng Lian Seng telah meninggal dunia masing-masing pada tahun 1996 dan 2009.

Penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam yang mengenali Antonio pada tahun 1969 semasa sedang belajar memberitahu mendiang merupakan individu yang baik, rendah diri dan juga kelakar.

Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.

Klip video lagu Hatiku Kau Guris Luka boleh diikuti menerusi: http://www.youtube.com/watch?v=MCXbTw6S0KI